Konsep asas program Pembimbing Rakan Sebaya ialan 'Rakan Bantu Rakan'. Rakan boleh dalam lingkungan umur yang sama atau lebih tua atau muda. Nama Pembimbing Rakan Sebaya ialah sama dengan program lain seperti :
- Mentor sebaya
- Kaunselor sebaya
- Adik angkat
- Kelompok sokongan sebayanya
- College system
- Buddy
- Tutor sebaya
- Membina pasukan Pembimbing Rakan Sebaya yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
- Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam khidmat ini.
- Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lagi.
- Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih yang boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
- Sebagai rakan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk rakan mencurahkan perasaan.
- Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
- Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan, jika perlu.
- Pelajar sederhana dan baik dari segi pencapaian akademik, perlakuan, sikap, latar belakang dan mempunyai minat.
- Pelajar berisiko dan menjadi pemimpin dalam kelompok kecil mereka.
- Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana meningkatkannya serta mengurangkan kelemahan diri.
- Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat sesuatu dengan rasional dan objektif.
- Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab.
- Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan pelajar.
- Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
- Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi orang dewasa yang peka, bertimbangrasa, rela menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
- Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, Pembimbing Rakan Sebaya dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan